Wednesday, 17 October 2012

❤ Kami 3A ❤ (。◕‿◕。)

ADILA , AZZA , AMIRA

yeah, kami 3A sebab huruf depan nama kami bermula dengan huruf A. sejak akhir-akhir ni aku asyik bersama dengan si Kuning, Azza. si Hijau, Amira. kenapa aku gelarkan diorang ni dengan warna? sebabnya itu adalah warna kegemaran diorang. aku pulak? si Pink, Adila. ngehee~

serius aku cakap yang aku happy sekarang sejak selalu bersama dengan diorang. dulu yelah, belum kenal sangat, nak bercakap pun tak selesa tapi sekarang haigooo~ terlebih cakap pulak. semuanya bermula time aku ditugaskan jadi sebahagian dari AJK Hadiah untuk Malam Media Islam yang berlangsung beberapa minggu yang lepas. ouh! aku nak cerita pasal malam yang penuh gemilang tu tapi nanti jelah aku cerita. line macam siput so aku tak dapat nak upload banyak gambar untuk tontonan korang. uhuhuww~

haaa~ sebelum aku cerita kat korang pasal malam tu, aku akan cerita dulu kekangan-kekangan yang berlaku sepanjang kitorang jalankan tugas kitorang sebagai AJK Hadiah ye. memang banyak cabaran (cabaran tuu :p) tau. kihkih! baiklah! berbalik pada isi entry yang sebenar. kitorang ni sebenarnya tak adelah rapat sangat pun tapi disebabkan aku happy bersama dengan diorang jadikan aku tertariklah nak cerita pasal diorang. yelah, lepas berjauhan dengan twins aku si Sha tu, aku tak ade langsung kawan baik yang lain tau. payah lah nak cari kawan baik masa sekarang ni. haihhh~

Azza. die ni budak Sarawak. cantik manis kalau tengok die. putih ala chinese gitu. perangai boleh tahan lah tak berapa betul sikit macam aku tapi boleh buat sesiape je yang duduk dengan die happy and selesa serta tak segan nak beramah mesra dan bergurau. lagi satu, die jenis direct, i mean terus terang so jangan main-main dengan die ye. sekali terkena menangis tak berlagu lah kau :p

Amira a.K.a Mira. die ni budak Pahang ni je. asal Rompin. comel sebab kecik je mukenya and mate die serius aku suke sangat. die ni memang suke sangat-2 kucing sampai aku tengok kalau boleh nak aje bawak tidur dalam bilik die kucing-2 terbiar yang ade dalam kolej ni. kahkah! nampak senyap je tapi sebenarnya same je die dengan si Azza tu. bile dengar die bercakap aduhai, lembutnya kau sayang! tapi sekali ade hal buat die sakit hati, ha ambiklah kau kena ape dengan die. kahkah!

okay, stakat ni dulu aku cerita pasal diorang. nak tahu lebih lanjut, nantikan cerita kenangan kitorang bersama ye :)

comel kan jam kami? hikhiks! ;D

oh ya! esok aku exam subjek Pengenalan Asas Radio. wish me luck okay! doakan aku dapat jawab dengan baik and tenang. malam ni aku nak study lagi dengan Jannah and Azza :) alhamdulillah exam Kewartawanan petang tadi boleh jawab walaupun tak tahu betul ke tak jawapan tu. hiks! semuanya berkat usaha study dengan diorang lah semalam. kihkih! syukran jazilan Jannah dan juga Azza :D

No comments:

Post a Comment